AKTIVITI / INFO TERKINI MASJID
DAULAT TUANKU | JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM SULTAN SELANGOR 2001–2026 Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya, sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sepanjang 25 tahun pemerintahan, kebijaksanaan, keprihatinan dan keberanian Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam menjaga kesejahteraan rakyat, keharmonian serta kemakmuran Negeri Selangor sentiasa menjadi lambang pemerintahan yang dekat di hati rakyat. Semoga Allah SWT senantiasa mengurniakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan, serta melanjutkan usia pemerintahan Baginda dalam terus memayungi rakyat dan Negeri Selangor Darul Ehsan. Daulat Tuanku!! #mjsidihatiku #MJSIKS
WAKTU SOLAT HARI INI
| WAKTU SOLAT | JAM |
|---|---|
| Subuh | 5:51 am |
| Syuruk | 6:57 am |
| Zohor | 1:02 pm |
| Asar | 4:21 pm |
| Maghrib | 7:01 pm |
| Isyak | 8:12 pm |
| WAKTU SOLAT |
|---|
| Subuh |
| 5:51 am |
| Syuruk |
| 6:57 am |
| Zohor |
| 1:02 pm |
| Asar |
| 4:21 pm |
| Maghrib |
| 7:01 pm |
| Isyak |
| 8:12 pm |
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.





